HARI IBU

Share this article:

Sempena Hari Ibu ini, saya mengambil kesempatan untuk nukilkan sedikit peringatan buat diri sendiri dan sahabat semua, bahawa perlunya kita membahagiakan kehidupan seorang ibu. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang telahpun berada di pengakhiran usianya, belailah dengan penuh kasih sayang sejati daripada anak-anak. Luangkan sedikit masa yang berkualiti untuk terusan bertanya khabar mereka, walau kita sentiasa diulit kesibukan tuntutan duniawi yang seolah-olah tiada noktahnya.

Jangan sesekali mencipta pelbagai alasan demi membenarkan kesalahan masing-masing, untuk tidak menyerikan hari tua ibu sendiri. Secuai manapun kita, jangan sehingga menjadi anak derhaka yang mewajarkan seorang ibu tinggal di rumah kebajikan, tanpa kasih-sayang dan pembelaan sewajarnya daripada anak-anak.

Kita, yang bergelar anak – tidak kira dalam status mana sekalipun, kadang-kadang tanpa disedari sering juga alpa kepada hanya – seorang ibu – yang telah terlalu banyak berkorban dalam membesar dan mendidik kita selama ini, sehingga menjadi manusia yang berjaya didalam kehidupan masing-masing. Seringkalinya kita terlupa kepada pengorbanan besar seorang ibu.

Sebelum kita bersenang-lenang pada hari ini, seorang ibu telah lama melalui perit lelah yang jarang benar diungkit mereka. Sehingga hari inipun sukar untuk mendengar mereka merungut sekiranya dalam kesempitan, malah lebih rela melihat kita semua hidup bahagia dalam cara masing-masing.

Adakah kita mendoakan kesejahteraan mereka untuk kehidupan dunia dan akhirat sana? Seringkalinya kita memohon dimurahkan rezeki untuk keluarga sendiri, tetapi dengan rasa tanpa bersalah mengetepikan doa buat mereka, sebagai balasan kepada pengorbanan seorang insan yang paling berharga dalam kehidupan kita selama ini.

Sebelum terlambat, hubungi mereka sebagai tanda ingatan yang tiada sempadannya. Selagi mereka masih bernyawa, buatlah yang terbaik untuk menghargai kasih sayangnya selama ini. Jangan sesekali mengabaikan perasaan mereka, yang semakin mudah tersentuh dengan pelbagai tindakan kita selama ini.

SELAMAT HARI IBU!

Islamic Articles

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commentators to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments. If you need to contact our Jamath EXCO to share any ideas or issues please use our contact us form.
Notify of

wpDiscuz