Kuala Lumpur, Malaysia

QURBAN

QURBAN


  August 06,2015 

Wahai Muslimin & Muslimat,

Tidak lama lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Haji – Hari Korban, yang biasanya dipanggil sebagai Hari Raya Haji, di Malaysia.

Ianya adalah sambutan untuk melambangkan ‘pengorbanan’ dan, kita boleh melihat berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia, menawarkan ‘pengorbanan’, dalam bentuk penyembelihan kambing, lembu & unta, untuk memenuhi kewajipan mereka ‘berkorban’.

Tetapi, adakah semata-mata penyembelihan haiwan itu menandakan ‘pengorbanan’?

Allah SWT dalam Al-Quran dengan jelas mengatakan:

“Daging dan darah binatang korban tidak sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah taqwa dari kamu. Demikianlah Ia menyerahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.”  Al-Hajj 22:37

Ini jelas mengatakan bahawa penyembelihan haiwan-haiwan ini di atas nama ‘pengorbanan’ tidak akan membawa kebaikan, melainkan jika ia dilakukan dengan takwa. Apakah takwa itu? Ia adalah kesediaan seseorang untuk mengorbankan segala-gala yang ada padanya, yang paling disayanginya, kerana Allah SWT.

Contohnya, Nabi Ibrahim (a.s.). Dia mendapat anak pertama – Ismail (a.s.) – apabila beliau dan isterinya, Hajarah (a.s.) telah tua. Jadi, sesiapa pun boleh bayangkan betapa berharganya anak itu kepada mereka, betapa tercurahnya penuh kasih sayang mereka akan anak itu. Apabila anak mereka, Ismail (a.s.) berusia 13 tahun, Allah SWT menguji kekuatan ketakwaan Nabi Ibrahim (a.s.) dengan memintanya untuk mengorbankan satu-satunya anak kepunyaannya yang paling disayangi. Di sini sekali lagi, kita perlu berfikir tentang satu aspek. Allah SWT menguji ketaatan Nabi Ibrahim (a.s.) hanya apabila anaknya berusia 13 tahun, tidak sewaktu anak itu masih bayi! Jika bayi, jangkamasa kasih sayang dicurahkan pada anak itu hanyalah beberapa tahun sahaja; atau lebih sedikit. Tetapi, apabila anak itu telah besar menjadi 13 tahun, kasih sayang ibu bapa kepada anak itu juga akan bertambah-tambah. Pada ketika inilah Nabi Ibrahim (a.s.) telah diarahkan oleh Allah SWT untuk mengorbankan anak tercinta. Kita boleh dapat membayangkan betapa sedihnya Hajarah (a.s.) – ibu Ismail (a.s.) – mengalami hakikat melepaskan anak yang dikasihi untuk korban! Walau bagaimanapun, apabila dia telah diberitahu bahawa itu adalah perintah Allah SWT, dia mengumpul segala keberanian untuk  menerima perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim (a.s.) tidak pernah risau kehilangan anak. Nabi Ismail (a.s.) mengetahui bahawa itu adalah perintah Allah SWT, dan ia rela menerima akan perintah Allah SWT. Ini adalah konsep asas ‘korban’ – pengorbanan – mengorbankan apa yang kita paling cintai, atau harta yang paling dihargai, demi Allah SWT. Melainkan kesediaan ini untuk korban – atau memberi dari – harta yang paling kita sayangi dan hargai dalam bentuk korban, perbuatan menyembelih lembu, kambing, unta tidak akan memberi manfaat sama sekali, di ‘mata’ Allah SWT, seperti yang dikatakan dalam Al-Quran (05:27):-

“Ceritakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!”. Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”

Adalah jelas dari ayat di atas, yang tidak setiap korban diterima oleh Allah swt. hanya korban, ditawarkan oleh orang yang sentiasa bersedia untuk memberikan apa yang mereka paling cinta, demi Allah swt sahaja, diterima.

Dikatakan bahawa, apabila haiwan disembelih sebagai korban, sebelum menitiknya darah pertama ke tanah, semua dosa orang yang berkorban, dimaafkan; dan, ‘ganjaran’ (pahala)nya berjumlah beberapa banyak bulu pada badan haiwan itu. Ya! Itu benar – hanya untuk orang-orang yang alim dan bersedia untuk mengorbankan apa yang mereka paling sayang.

Sebagai contoh, seseorang telah menyimpan wang yang cukup untuk pergi haji. Beliau telah membuat semua persiapan untuk melaksanakan haji. Pada masa itu, kawan beliau berjumpa beliau, dan memberitahu bahawa dia memerlukan kira-kira RM5000 segera untuk menyelesaikan hutang. Jika tidak, rumahnya akan disitar, dan barang-barangnya dirampas. Selepas menyelidiki kisahnya, dan mendapati ia adalah benar, jika orang yang telah menyimpan wang untuk menunaikan haji itu, memberikannya untuk menyelamatkan rakannya dari bahaya, yang beliau hadapi, itulah sebenarnya korban.

Katakan seorang lelaki yang telah menyimpan wang yang cukup untuk membeli seekor kambing untuk korban, yang mungkin menelan kos kira-kira RM700. Hanya 3 atau 4 hari sebelum dia bercadang untuk membeli kambing, orang miskin menghampiri dia dan berkata bahawa dia tidak mempunyai penglihatan di kedua-dua matanya, kerana katarak. Oleh itu, beliau tidak dapat melakukan apa-apa kerja untuk menyara hidup. Beliau telah diminta oleh pihak berkuasa hospital untuk membayar sehingga RM700 – kos kanta – untuk pembedahan. Orang itu tidak dapat membayar amaun tersebut. Jadi, dia merayu dengan lelaki ini untuk memberikan kepadanya jumlah wang tersebut, supaya dia boleh menjalani pembedahan, dan mendapat penglihatan sekurang-kurangnya pada sebelah mata, supaya dia boleh mencari rezeki. Jika orang ini rela memberikan jumlah wang simpanan untuk membeli seekor kambing, maka itulah yang  sebenar ‘korban’.

Katakan seorang lelaki kaya bercadang untuk menawarkan beberapa ekor lembu sebagai korban. Tetapi, dia tidak pernah perihatin kepada penderitaan golongan miskin di negara sendiri, atau di negara-negara seperti Somalia, Gaza; dan tidak pernah melakukan amal baik yang lain. Bagaimanapun, beberapa banyak pun lembu atau kambing yang ditawarkannya sebagai korban tidak akan membawa apa-apa faedah korban kecuali faedah memakan daging itu sendiri atau memberikan kepada orang lain. Hanya jika dia mengorbankan sebahagian daripada hartanya pada jalan Allah SWT dengan membantu orang-orang miskin, tawaran korbannya akan diterima oleh Allah SWT; dan akan diberi ganjaran sebanyak faedah korban; seperti:

1. Penghapusan dosa seseorang, tatkala sebelum jatuhnya ke bumi, titisan pertama darah haiwan korban itu;

2. Manfaat (pahala) bersamaan dengan bilangan bulu di atas badan haiwan yang dikorbankan

akan sepenuhnya dikurniakan kepadanya oleh Allah SWT.

Jadi, ‘korban’ tidaklah semata-mata penyembelihan haiwan (kambing, lembu, unta) tetapi ia sebenarnya pengorbanan ikhlas kepunyaan berharga seseorang kepada orang-orang miskin, untuk meredakan penderitaan mereka, yang Allah SWT paling perkenan, seperti firman di dalam Al-Quran (3:92):-

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

Jika konsep ‘korban’ tidak ada di dalam hati seseorang, dan beliau menyembelihhaiwan sebagai ‘korban’, dia hanya akan melepaskan kewajipannya, dan dia hanya akan mencapai manfaat ‘sedekah’ apabila dia mengedarkan daging itu kepada orang lain. Dia TIDAK akan diberkati dengan manfaat ‘korban’.

Terdapat beberapa contoh di mana orang, yang telah menyimpan wang dengan cara yang sukar untuk melaksanakan kewajipan ibadat haji, memberikannya untuk beberapa sebab lain yang sangat mendesak, dan melepaskan peluang untuk memenuhi kewajipan ibadat hajinya. Walau bagaimanapun, beliau telah dimaklumkan – kadang-kala di dalam mimpinya, atau melalui firasat – bahawa Hajnya telah diterima, walaupun dia tidak melakukan Haj! Manfaat mendapat haji telah dikuniakan kepadanya oleh Allah SWT, oleh kerana korban yang telah dilakukannya – benar seperti ayat Al-Quran:

“… … … … … Dan, berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang berbuat baik.” (22:37)

Inilah sebenar-benarnya ‘Qurban’.

Dr.Mohamed Amir bin Meera Hussain

Pertubuhan Informasi Islam Negeri Perak

(Perak Islamic Information Centre)

 

Newsletter Sign Up

For Latest Updates